Lelaki tempatan dituduh ugut isteri

Lelaki tempatan dituduh ugut isteri

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 11 Jun – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan melakukan kekerasan dan ugutan jenayah ke atas isterinya.

Tiada pengakuan diambil daripada Mohammad Nor Mohammad Rosadi bin Adi, 28, ekoran kes ini masih dalam siasatan polis.

Tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin $5,000 atau seorang penjamin tempatan dan perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shamshuddin bin Haji Kamaluddin.

Ketua Majistret, Muhammad Faisal bin PDJLD DSP Haji Kefli menetapkan 1 Julai untuk sebutan semula.