Lelaki tempatan maut nahas di Salambigar

Lelaki tempatan maut nahas di Salambigar

Oleh Yusrin Junaidi

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Mei – Seorang lelaki tempatan berumur 48 tahun maut apabila kereta yang dipandunya terlibat dalam kejadian kemalangan dengan sebuah lori sampah di kawasan Salambigar kira-kira pukul 9:12 pagi ini.

Menurut polis, Balai Polis Berakas menerima panggilan kecemasan 993 memaklumkan mengenai kejadian tersebut dan segera menghantar anggota ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

Pemandu lori berkenaan, seorang warga negara asing bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Punca kemalangan masih dalam siasatan.

Sehubungan itu Pasukan Polis Diraja Brunei menasihatkan kepada orang ramai supaya berhati-hati semasa di jalan raya dan menggunakan tali pinggang keselamatan semasa memandu.

ARTIKEL YANG SAMA