Lelaki tempatan maut nahas jalan raya

Lelaki tempatan maut nahas jalan raya

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Sept – Seorang lelaki tempatan berumur 39 tahun maut dalam kemalangan ngeri yang melibatkan dua buah kereta di Batu Satu berdekatan dengan Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), di sini, malam tadi.

Dalam kejadian itu, kereta yang dipandu mangsa telah bertembung dengan sebuah kereta lain yang dipandu oleh seorang lelaki warga asing berusia 44 tahun.

Balai Polis Pusat mengesahkan bahawa panggilan kecemasan mengenai kejadian itu telah diterima pada pukul 10.35 malam.

Berikutan kejadian itu, kedua-dua pemandu yang mengalami cedera parah telah dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS), bagaimanapun, pemandu tempatan berkenaan disahkan meninggal dunia pada pukul 10.54 malam. Manakala itu, pemandu warga asing masih belum sedarkan diri.

ARTIKEL YANG SAMA