Lelaki tempatan miliki rokok didenda

Lelaki tempatan miliki rokok didenda

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhi denda $4,000 ke atas seorang lelaki tempatan selepas mengaku bersalah atas kesalahan memiliki rokok yang tidak diisytiharkan.

Mohammad Shahrizal bin Suhaili, 27, dari Kampung Rimba didakwa memiliki empat karton dan 60 paket rokok di kediamannya pada 14 Julai 2015 sekitar jam 1:25 petang.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memerintahkan defendan untuk membayar denda itu dalam tempoh empat bulan atau berdepan enam bulan penjara jika gagal membayar.

pg06_150706_mahkamah logo2

Fakta kes menyebut, pegawai pencegah kastam membuat pemeriksaan ke kediaman defendan dan menemui rokok-rokok itu disimpan di dapur dan bilik tamu.

Defendan mengaku rokok-rokok itu adalah miliknya yang mana dia membelinya daripada seseorang yang dikenalinya untuk dijual.