Lelaki tempatan positif dadah jalani pemulihan

Lelaki tempatan positif dadah jalani pemulihan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160729_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang lelaki tempatan untuk menjalani pemulihan di Pusat Al-Islah berkuat kuasa hari ini.

Keputusan itu dibuat Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman ke atas Mohammad Shukri bin Sabtu, 32, selepas dimaklumkan Pegawai Pendakwa Narkotik, Ainorazimah binti Haji Zabidi bahawa keputusan sampel air kencing defendan yang diambil pada 28 Mac didapati positif dadah.

Pada 28 Mac, defendan dihadapkan ke mahkamah yang sama dan dijatuhi denda $2,700 selepas mengaku bersalah memiliki 0.5594 gram Methylamphetamine dan mengambilnya pada 11 Januari 2014.

Dia membayar denda itu dan terlepas daripada menjalani hukuman penjara selama lima bulan.

Dia turut diarahkan untuk menjalani ujian air kencing sebaik selesai sebutan ketika itu, dan keputusannya telah dimaklumkan kepada mahkamah, hari ini.

Defendan ketika diberkas pada 11 Januari 2014 di kawasan Kiulap telah menyerahkan peralatan mengambil dadah kepada pegawai narkotik yang membuat serbuan.

Sampel air kencing yang diambil daripada defendan ketika itu juga didapati mengandungi dadah di mana dia mengaku mengambil dadah pada petang harinya.

ARTIKEL YANG SAMA