Lelaki tempatan seludup minyak didenda $10,000

Lelaki tempatan seludup minyak didenda $10,000

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Jun – Seorang lelaki tempatan berusia 27 tahun dijatuhkan hukuman denda $10,000 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan cuba membawa keluar minyak diesel ke negara jiran tanpa mempunyai lesen yang dibenarkan daripada Pengawal Kastam dan Eksais Diraja Brunei.

Mohd Hanif bin Mahadi yang berkhidmat dengan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei didakwa melakukan kesalahan itu pada 19 Mei 2014 kira-kira 10 pagi.

Tertuduh yang cuba membawa keluar 45.5 liter minyak diesel dalam tiga tin plastik Jerry ditahan ketika berada di bahagian luar Pos Kawalan Kuala Lurah.

Pemangku Majistret Kanan, Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman memberi tempoh lima bulan kepada tertuduh untuk membayar denda atau meringkuk di penjara selama dua bulan.

ARTIKEL YANG SAMA