Lelaki tertua di dunia meninggal dunia

Lelaki tertua di dunia meninggal dunia

TOKYO, 19 Jan – Lelaki tertua di dunia, Yasutaro Koide, meninggal dunia hari ini pada usia 112 tahun di tengah Jepun, menurut pegawai tempatan.

Koide, dilahirkan beberapa bulan sebelum adik beradik dari keluarga Wright melakukan penerbangan pertama mereka yang berjaya, meninggal dunia di hospital di bandar tengah Jepun, Nagoya, yang mana dia telah menetap di situ bertahun-tahun lamanya, menurut pegawai bandar itu.

Lelaki berusia lebih seratus tahun itu, yang diiktiraf sebagai lelaki paling tua di dunia pada usianya 112 tahun lalu, meninggal dunia akibat kegagalan jantung dan radang paru-paru, tambah pegawai itu lagi.

Koide, bekas tukang jahit yang dilahirkan pada 13 Mac 1903 di wilayah Fukui, barat laut Tokyo, telah menerima sijil dari Guinness World Records yang mengesahkan pencapaian itu selepas seorang lagi lelaki warga Jepun yang sebulan lebih tua darinya telah meninggal dunia pada bulan Julai lalu.

Gambar fail yang diambil pada 21 Ogos 2015 menunjukkan lelaki tertua di dunia, Yasutaro Koide pada usianya 112 tahun menerima sijilnya daripada Guinness World Records di Nagoya. - AFP
Gambar fail yang diambil pada 21 Ogos 2015 menunjukkan lelaki tertua di dunia, Yasutaro Koide pada usianya 112 tahun menerima sijilnya daripada Guinness World Records di Nagoya. – AFP

Ditanya tentang rahsia umur yang panjang, Koide dilaporkan berkata “Perkara terbaik ialah mengelak kerja berlebihan dan hidup dengan gembira.”

Jepun terkenal dengan rakyatnya yang panjang usia dan kira-kira suku dari 127 juta penduduk berusia 65 ke atas.

Tidak jelas siapa akan menggantikan Koide sebagai lelaki tertua di dunia.

Pada masa ini, orang tertua di dunia ialah Sussannah Mushatt Jones, dari Amerika, yang berusia 116 dan dilahirkan pada 6 Julai 1899, menurut laman sesawang Guinness World Records. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA