Lelaki tertua meninggal dunia pada usia 112 tahun

Lelaki tertua meninggal dunia pada usia 112 tahun

TOKYO, 7 Julai (AFP) – Lelaki tertua di dunia, Sakari Momoi, meninggal dunia di Jepun pada usia 112 tahun, menurut seorang pegawai hari ini.

Momoi, yang dilahirkan sebelum adik-beradik keluarga Wright membuat penerbangan berjaya pertama mereka, meninggal dunia lewat Ahad lalu, menurut pegawai di Bandar Saitama, utara Tokyo, tempat tinggalnya selama bertahun-tahun.

Dia yang diiktiraf sebagai lelaki tertua di dunia pada usia 111 tahun lalu, meninggal dunia kerana masalah buah pinggang di rumah penjagaan di Tokyo.

“Kami mendengar dari keluarganya bahawa kesihatannya semakin memburuk seminggu atau dua minggu lalu,” kata pegawai itu.

Momoi, bekas guru besar sekolah tinggi yang dilahirkan pada 5 Februari 1903, menerima sijil daripada Guinness World Records yang mengesahkan pencapaian itu tahun lalu. Dengan mengenakan sut hitam, baju putih dan tali leher berwarna perak, Momoi memberitahu media bahawa dia belum merancang untuk pergi ke mana-mana lagi.

Gambar fail 20 Ogos 2014, menunjukkan lelaki Jepun berusia 111 tahun, Sakari Momoi (kanan) menerima sijil yang menamakannya sebagai lelaki tertua di dunia di hospital Tokyo. Momoi telah meninggal dunia pada usianya 112. – AFP
Gambar fail 20 Ogos 2014, menunjukkan lelaki Jepun berusia 111 tahun, Sakari Momoi (kanan) menerima sijil yang menamakannya sebagai lelaki tertua di dunia di hospital Tokyo. Momoi telah meninggal dunia pada usianya 112. – AFP

“Saya mahu hidup kira-kira dua tahun lagi,” katanya dengan suara lembut pada ketika itu. Dia dilahirkan di Minamisoma, Fukushima, sebuah kawasan yang teruk terjejas oleh gempa bumi magnitud 9.0 dan tsunami pada tahun 2011 yang mencetuskan krisis teruk dunia dalam satu generasi.

Menurut Kumpulan Penyelidikan Gerontologi di AS, gelaran lelaki tertua di dunia kini diberikan kepada Yasutaro Koide, dari Jepun, juga berusia 112 tahun dan muda sebulan daripada Momoi.

Di sisi berhadapan Pasifik, lelaki tertua dunia menyambut hari lahir ke-116 tahun semalam. Susannah Mushatt Jones, dari New York, bekas pembantu rumah yang tinggal bersama, dikenali sebagai “T” oleh 100 orang anak saudara lelaki dan perempuan, dilahirkan pada 6 Julai 1899.

Jepun terkenal dengan rakyatnya yang hidup lama dan kira-kira satu suku penduduknya yang seramai 128 juta berusia 65 tahun ke atas.

ARTIKEL YANG SAMA