Lelaki ‘tidak berniat’ mencuri akan dibicarakan

Lelaki ‘tidak berniat’ mencuri akan dibicarakan

Oleh Rafidah Jumat

 

pg06_160401_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Mac – Seorang lelaki tempatan yang memberitahu Mahkamah Majistret bahawa dia ‘tidak berniat’ untuk mencuri akan dibicarakan pada 18 hingga 21 Mei.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid dalam sebutan, hari ini, menetapkan tarikh perbicaraan bagi Surhidi bin Wahab, 34, yang berdepan dakwaan melakukan kesalahan curi pada 12 Mac 2016 kira-kira jam 10 pagi di sebuah rumah di Kampung Penanjong.

Dia didakwa mencuri satu beg mengandungi dua dompet; kad pengenalan diri; lesen memandu; kad ATM; wang tunai masing-masing $1,000, S$320, AS$100 dan RM$117; dua cincin emas; kunci kereta; kunci rumah; jam dan gelang.

Tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan pemenjaraan untuk tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga tujuh tahun, dan juga denda.

Ikat jamin tertuduh dilanjutkan sehingga tarikh perbicaraan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Vuina Song.

ARTIKEL YANG SAMA