Lelaki UAE korban virus MERS

Lelaki UAE korban virus MERS

ABU DHABI, 28 Jan – Pihak berkuasa kesihatan Abu Dhabi mengesahkan seorang lelaki mati akibat virus Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) di Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam.

Pihak berkuasa dalam satu kenyataan yang dipetik agensi berita WAM berkata, lelaki berusia 73 tahun itu disahkan dijangkiti MERS, awal bulan ini dan ia turut menjangkiti seorang wanita yang kemudiannya pulih.

Pada Jun 2014, pihak berkuasa UAE berkata sekurang-kurangnya 10 orang mati dan 68 yang lain terjejas di negara tujuh kesatuan sejak Mac 2013.

Negara jiran, Arab Saudi kekal menjadi negara paling teruk dilanda virus terbabit dengan 1,286 kes jangkitan dan 551 kematian berdasarkan laporan pihak berkuasa negara terbabit.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sejumlah 1,630 kes dan 586 kematian disahkan di seluruh dunia. – AFP