Lelaki warga emas cedera parah dalam nahas jalan raya

Lelaki warga emas cedera parah dalam nahas jalan raya

Oleh Pg Fairol RMF

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Seorang lelaki warga emas mengalami cedera parah apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kereta di Jalan Jerudong menghala Sengkurong, petang tadi.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, lelaki berusia 81 tahun berkenaan mengalami kecederaan pada tulang rusuk dan bahu sebelah kiri patah serta luka di kepala.

Sementara itu, pemandu sebuah lagi kereta yang terlibat, seorang lelaki warga asing berusia 24 tahun hanya mengalami kecederaan ringan.

Kedua-dua pemandu berkenaan telah dikejarkan ke Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) bagi rawatan lanjut, manakala itu punca kemalangan masih dalam siasatan.

Pasukan Polis Diraja Brunei turut mengingatkan orang ramai supaya memandu dengan berhati-hati dan mematuhi peraturan lalu lintas yang telah dikuatkuasakan.

ARTIKEL YANG SAMA