Lelaki warga emas maut terkena renjatan elektrik

Lelaki warga emas maut terkena renjatan elektrik

KOTA KINABALU, 12 Sept – Seorang lelaki warga emas maut dipercayai terkena renjatan elektrik di rumahnya di Taman Reinfeld, Penampang dekat sini, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan berkata mayat mangsa yang berusia dalam lingkungan 60-an itu ditemui terbaring di atas katil di rumahnya dan disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital yang turut ada di situ.

“Bomba menerima laporan mengenai kejadian itu pukul 4.59 petang. Ketika sampai di rumah mangsa, keluarga mangsa telah memaklumkan kemungkinan mangsa terkena renjatan elektirk,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu berkata kes itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan lanjut. – Bernama