Lelaki warga ...

Lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman gantung sampai mati

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Feb – Seorang lelaki warga Malaysia dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, atas pertuduhan memiliki ganja untuk tujuan mengedar.

Muhammad Mustaqim Mustofa bin Abdullah, 23, dibicarakan selepas mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan memiliki 5,876.5608 gram ganja yang ditemui dalam dua beg pada 7 Mei 2014 sekitar jam 3:30 petang di Kampung Petani, Tutong.

Dia didakwa di bawah Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27 yang mana kuantiti yang dimilikinya adalah lebih daripada 600 gram dan hukuman yang diperuntukkan adalah hukuman mati. (Ikuti laporan lanjut dalam Media Permata Selasa)

ARTIKEL YANG SAMA