Lelaki warga M’sia didenda miliki rokok seludup

Lelaki warga M’sia didenda miliki rokok seludup

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 Jun – Mahkamah Majistret, hari ini, menjatuhkan hukuman denda $472 ke atas seorang lelaki Malaysia selepas mengaku bersalah memiliki rokok seludup.

Lo Hon Lim, 20, didakwa memiliki 12 tin minuman keras dan 10 paket rokok pada 18 Jun 2015 kira-kira pukul 5:30 petang di kawasan Pos Kawalan Kastam Kuala Lurah.

Majistret Hajah Noor Amalina binti DP Haji Alaihuddin turut memerintahkan untuk tertuduh dihukum penjara selama dua minggu jika gagal membayar denda itu.

Fakta kes menyebut, tertuduh didapati menyimpan minuman keras dan rokok itu di dalam keretanya apabila ditahan oleh pegawai pemeriksa kastam di pos berkenaan di mana tertuduh memberitahu dia hanya ingin mengisytiharkan barangan untuk minuman keras sahaja.

Bagaimanapun, pemeriksaan ke atas kereta tertuduh menemui 10 paket rokok yang disimpan dalam beg hitam di tempat duduk penumpang belakang manakala 12 tin minuman keras di tempat letak kaki penumpang depan.

Tertuduh mengaku membeli minuman itu di Limbang untuk kegunaannya.

ARTIKEL YANG SAMA