Lelaki warga Thailand mengaku bersalah

Lelaki warga Thailand mengaku bersalah

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Ogos – Mahkamah Majistret telah menjatuhkan denda $2,200 ke atas seorang lelaki Thailand selepas mengaku bersalah memiliki botol arak dan rokok seludup.

Ramrit, 52, didakwa memiliki 11 botol arak dan empat karton rokok ketika ditahan oleh pegawai kastam di Pos Kawalan Kuala Lurah pada 21 Mei lalu.

pg06_150810_mahkamah logo2

Pegawai kastam menemui botol arak dan rokok itu disembunyikan di bahagian kiri dan kanan kereta yang dipandunya. Defendan mengaku kesemua barang itu miliknya dan untuk kegunaannya sendiri.

ARTIKEL YANG SAMA