Lelongan minyak di darat Mexico

Lelongan minyak di darat Mexico

BANDAR MEXICO, 16 Dis (AFP) – Kerajaan Mexico melelong kesemua 25 padang minyak dan gas di darat yang ditawarkan semalam, melebihi jangkaan tatkala firma baru tempatan mendapat kebanyakan kontrak sementara jutawan Carlos Slim merupakan orang rugi terbesar.

Pelelongan adalah yang ketiga pada tahun ini selepas penggubalan rang undang-undang pembaharuan minyak bersejarah pada 2014 yang membuka sektor kepada pelabur swasta untuk kali pertama sejak 1938, memecah monopoli firma kerajaan Pemex.

Penjualan terbaru menarik minat 14 konsortium dan 26 firma individu, meskipun harga minyak mentah antarabangsa yang rendah dan walaupun kebanyakan blok terletak di rantau yang dibelenggu oleh keganasan kartel dadah dan kecurian bahan api.

Sementara firma AS, Kanada dan Belanda merupakan pemenang, kumpulan tenaga Mexico baru memenangi 22 daripada 25 kontrak, termasuk dua sebagai sebahagian daripada konsortium dengan syarikat asing.

Kementerian tenaga berharap akan menganugerahi sekurang-kurangnya lima kontrak, maka pelelongan adalah satu kejayaan, tidak seperti jualan sebelumnya untuk padang yang cetek airnya di Teluk Mexico.

Anggota komiti pembida bagi Suruhanjaya Hidrokarbon Negara semasa melancarkan Lelongan Minyak Ketiga, Pusingan Satu, satu reformasi tenaga bersejarah yang membuka semula industri berkenaan kepada pelabur asing, di Bandar Mexico pada 15 Disember. – AFP
Anggota komiti pembida bagi Suruhanjaya Hidrokarbon Negara semasa melancarkan Lelongan Minyak Ketiga, Pusingan Satu, satu reformasi tenaga bersejarah yang membuka semula industri berkenaan kepada pelabur asing, di Bandar Mexico pada 15 Disember. – AFP

“Kami terkejut dengan kejayaan besar yang dicatat oleh pelelongan ketiga ini,” beritahu presiden Suruhanjaya Hidrokarbon nasional Juan Carlos Zeppeda pada satu persidangan akhbar.

“Jika anda melihat pada keadaan antarabangsa, tahap kejayaan ini tidak dilihat di mana-mana negara lain,” kata beliau, merujuk kepada kemerosotan harga minyak yang telah menjejas pelaburan.

Kerajaan berharap jumlah pelaburan di 25 padang akan mencecah $620 juta dalam lima tahun pertama, bertambah kepada $1.1 bilion sepanjang tompoh kontrak.

Empat padang matang masing-masing mengandungi lebih 100 juta tong minyak dan gas adalah yang pertama dilelong.

Sebuah kumpulan termasuk firma Canamex Dutch berpangkalan di Netherland dan dua syarikat Mexico telah dianugerahkan padang Moloacan di negeri timur Veracruz.

Compania Petrolera Perseus mendapat padang di selatan negeri Tabasco, Diavaz Offshore diberikan padang lain di negeri Tamaulipas dan Servicios de Extraccion Petrolera Lifting de Mexico diberikan di Veracruz.