Lelongan seni jadi berita utama di NY

NEW YORK – Jean Michel Basquiat menjadi sangat terkenal setelah beberapa ukiran seni bintang terkenal itu tersimpan di sebuah bangunan di New York dan bersedia untuk dilelong untuk musim ini.

Situasi itu telah melonjakkan lagi artis terkenal itu ke dalam panggung yang hebat abad ke-20 iaitu hampir tiga dekad selepas kematiannya.

Pada tahun lepas, seni daripada artis terkenal itu berjaya meraih sekitar AS$57 juta set rekod lelongan apabila seorang jutawan daripada Jepun telah merebut sekeping rangkaian potret hasil ciptaan seni artis tersebut.

Dianggarkan sekitar 14 kerja-kerja seni oleh ‘Wonderkid’ dari Amerika Syarikat, Haiti dan juga Puerto Rico telah dijual dalam pameran lelongan seni di Christie baru-baru ini dan dijangkakan akan dilakukan kembali minggu depan di Sotheby.

“Sebenarnya beliau adalah seorang artis jalanan dan ia mengambil sedikit masa untuk usaha dan kreativiti beliau untuk diserap ke dalam bentuk seni lukisan dan sekarang, setiap muzium di dunia ini merayu untuk mendapatkan Basquiat,” kata Loic Gouzer, pengerusi selepas perang dan seni kontemporari di Christie.

Dianggarkan sekitar 14 kerja-kerja seni oleh ‘Wonderkid’ dari Amerika Syarikat, Haiti dan juga Puerto Rico telah dijual dalam pameran lelongan seni di Christie baru-baru ini. – AFP
Dianggarkan sekitar 14 kerja-kerja seni oleh ‘Wonderkid’ dari Amerika Syarikat, Haiti dan juga Puerto Rico telah dijual dalam pameran lelongan seni di Christie baru-baru ini. – AFP
Organisasi ini bertanggungjawab untuk mengejar gabungan jualan sekurang-kurangnya AS$1.1 bilion apabila mereka melelong beratus-ratus karya seni. – AFP
Organisasi ini bertanggungjawab untuk mengejar gabungan jualan sekurang-kurangnya AS$1.1 bilion apabila mereka melelong beratus-ratus karya seni. – AFP

Organisasi Christie dan Sotheby merupakan rumah yang sangat dihormati dan telah ditubuhkan pada abad ke-18 di London.

Organisasi ini bertanggungjawab untuk mengejar gabungan jualan sekurang-kurangnya AS$1.1 bilion apabila mereka melelong beratus-ratus karya kontemporari, moden dan impersionis dan musim lelongan ini bermula dari 15 Mei yang lalu sehingga 19 Mei hari ini di bandaraya hebat, New York.

Apa yang pasti, setengah seni Basquiat seperti yang dihasilkannya pada tahun 1982 yang tidak mempunyai tajuk, menunjukkan kepala tengkorak seperti pada kanvas gergasi dalam minyak melekat, akrilik dan semburan cat yang hebat dan Sotheby sangat berharap sesetengah lelongan seni ini akan berjaya mengalahkan rekod baru untuk mencapai AS$60 juta. Namun seni itu masih lagi berada di tangan pemiliknya sejak seni itu dibeli pada tahun 1984 di Christie dengan harga hanya AS$19,000.

Salah seorang artis seni yang berasal sepenuhnya daripada Brookyln terkorban selepas menyalahgunakan dadah ketika berumur 27 tahun. Artprice berkata bahawa nilai Basquiat pada hari ini semakin meningkat dan terus meningkat sebanyak 506 peratus dari bulan Januari 2000 hingga bulan Oktober 2016.

“Seni ini dianggap sebagai anak emas kerana ia merupakan salah satu artis yang telah mati di kala usia yang muda, hidup kuat dan telah mewujudkan satu badan kerja yang kelihatan seperti apa-apa sebelum dan kelihatan seperti apa-apa selepas itu,” kata Gregoire Billault, ketua seni kontemporari di Sotheby.

Seorang warga Amerika Afrika dalam dunia seni telah banyak melakukan kerja-kerja yang menjurus kepada ujian-ujian yang pernah dialami oleh kulit orang hitam. Situasi itu menjadi satu sebab yang telah diperbaharui berikutan protes AS di seluruh negara sejak tahun 2014 mengenai tembakan ke atas individu berkulit hitam tidak bersenjata oleh pihak polis.

AS$50 juta

Apa yang pasti, organisasi Christie tersebut turut menawarkan seni Basquiat yang dinamakan sebagai ‘La Hara’ iaitu seni lukisan yang dihasilkan oleh Basquiat pada tahun 1981 dengan menggunakan akrilik dan minyak yang mana dianggarkan bernilai AS$22 hingga AS$28 juta.

“Konteks yang dikemukakan ke dalam seni ini merupakan satu alat bantu yang terbaik untuk menjelaskan bahawa seni sangat berharga dan saya berfikir untuk memilikinya,” tambah Gouzer lagi kepada wartawan AFP.

Organisasi Christie dan Sotheby merupakan rumah yang sangat dihormati dan telah ditubuhkan pada abad ke-18 di London. – AFP
Organisasi Christie dan Sotheby merupakan rumah yang sangat dihormati dan telah ditubuhkan pada abad ke-18 di London. – AFP

Manakala organisasi tersebut turut memaparkan seni Francis Bacon yang bertajuk ‘Three Studies of George Dyer’ yang dianggarkan bernilai AS$50 juta. Potret pertama artis dari British ini memaparkan seorang individu bersama kekasihnya, seorang pencuri dari sebuah perkampungan kecil di London East End. Lukisan ini pernah dimiliki oleh pengarang Roald Dahl dan telah ditunjukkan di Tate Britain dan Muzium Seni Metropolitan di New York.

Christie juga mengejar kewangan yang besar dengan mempertaruhkan seni artis lain yang berpotensi besar bagi usaha mereka untuk mempertingkatkan komersial jualan yang tinggi seperti AS$35 hingga AS$55 juta untuk Cy Twombly yang bertajuk, ‘Leda and The Swan’.

“Kebanyakan orang pada hari ini akan selalu berkata, anak saya berupaya untuk melukiskan lukisan ini kerana ia mudah dan senang, tidak anak anda tidak akan pandai melukiskan lakaran lukisan ini,” kata perwakilan Christie, Koji Inoue kepada wartawan AFP.

Manakala bagi Sotheby pula mencatatkan rekod lelongan Twombly pada tahun 2015 sebanyak AS$70.5 juta. Artis yang menjadi subjek retrospektif di Paris pada tahun lepas.

“Kami merasakan seperti beliau akhirnya mendapat haknya,” kata Inoue lagi kepada wartawan AFP.

Di sebalik kegilaan

Acara kemuncak seni lelongan ini adalah lelongan seni Picasso iaitu potret perempuan simpanannya, Dora Maar yang bernilai AS$35 hingga AS$55 juta di Christie manakala bagi Sotheby pula, potret berkenaan dianggarkan bernilai AS$30 hingga AS$40 juta. Picasso telah melakar lukisan ini ketika beliau berusia 19 tahun. Banyak seni yang ditawarkan pada musim ini adalah segar untuk dipasarkan. Di Christie lebih daripada 80 peratus daripada kerja-kerja dalam kedua-dua kategori tidak pernah ditawarkan sama ada di dalam atau luar negara selama 20 tahun atau lebih.

Para pakar lebih memfokuskan kepada kualiti bukannya kuantiti dan sehingga ke hari ini, jualan seni yang paling pernah dicatatkan adalah lukisan Picasso, ‘The Women of Algiers’ yang dianggarkan dijual dengan harga AS$179.4 juta. “Saya rasa bahawa pasaran zaman ini sangat pintar dan ia menjadi satu kegilaan,” tambah Billaut kepada wartawan. – AFP