‘Lemak’ perlu jadi rasa ke-6

‘Lemak’ perlu jadi rasa ke-6

WASHINGTON, 30 Julai (AFP) – Lemak perlu mengambil tempatnya bersama dengan rasa-rasa asas seperti manis, masam, pahit, masin dan umami kerana ia membangkitkan sensasi unik, penyelidik Amerika Syarikat (AS) berkata dalam satu kajian baru.

Rasa keenam sepatutnya digelar sebagai “oleogustus,” satu kombinasi berminyak dan rasa dalam bahasa Latin, menurut saintis Universiti Purdue yang menerbitkan kajian mereka dalam jurnal Deria Kimia.

“Komponen rasa pada lemak sering kali disifatkan sebagai pahit atau masam sebab ia tidak menyenangkan, tetapi bukti baru mendedahkan asid lemak membangkitkan satu sensasi unik memuaskan satu lagi elemen kriteria tersebut yang membentuk rasa asas, “ kata Richard Mattes, seorang profesor dalam bidang sains dan pemakanan.

Dalam kajian mereka, para pengkaji menanyakan kepada peserta untuk menyusun makanan mengikut rasa asasnya. Penguji memutuskan bahawa lemak adalah unik dan berbeza dari rasa yang lain.

Mattes menunjukkan bahawa dalam dos yang tinggi rasa lemak tidak menyenangkan dan hanyir.

“Dalam jangka waktu yang sama, kepekatan rendah asid lemak dalam makanan boleh menambah kepada tarikannya seperti mana kimia pahit yang tidak menyenangkan boleh meningkatkan kesedapan pada makanan seperti coklat, kopi dan wain,” kata Mattes.

Memindahkan lemak kepada kategori rasanya tersendiri boleh membantu industri pemakanan menghasilkan pengganti kepada rasa itu, kata para pengkaji.