Lembaga parol timbang pembebasan Pistorius

Lembaga parol timbang pembebasan Pistorius

JOHANNESBURG, 9 Okt (AFP) – Lembaga Parol Afrika Selatan akan bertemu hari ini untuk menimbang semula sama ada untuk melepaskan Oscar Pistorius di peringkat terbaru perdebatan mengenai tempoh hukuman penjara yang dikenakan kepadanya. Dalam perbicaraan yang menjadi tajuk utama di seluruh dunia, Pistorius dipenjara tahun lepas kerana membunuh teman wanitanya Reeva Steenkamp ​​pada Hari Valentine 2013.

Beliau didapati bersalah membunuh tanpa niat dan dihukum penjara selepas berkata dia menembak Steenkamp melalui pintu bilik air yang bekunci kerana dia menyangka teman wanitanya itu penceroboh. Walaupun jika ia dilepaskan, Pistorius menghadapi ujian lanjut pada 3 November apabila pendakwa merayu kepada Mahkamah Agung Afrika Selatan untuk mendapatkan sabitan pembunuhan dan hukuman yang lebih keras.

ARTIKEL YANG SAMA