Lembaga Yahoo bincang jual perniagaan teras

Lembaga Yahoo bincang jual perniagaan teras

SAN FRANCISCO, 2 Dis (AFP) – Lembaga Yahoo akan mengadakan pertemuan untuk membincangkan sama ada ia perlu menjual teras perniagaannya atau sebaliknya saham Alibaba, menurut laporan semalam dalam Wall Street Journal.

Anggota lembaga Yahoo akan mengadakan siri-siri mesyuarat dari Rabu hingga Jumaat untuk membincangkan sama ada adalah terbaik untuk meneruskan dengan rancangan untuk mengalihkan sahamnya berbilion-bilion dolar dalam Alibaba atau menjual teras perniagaannya, menurut Journal, yang memetik mereka yang tidak didedahkan identitinya yang mengetahui perkara itu.

Yahoo memberitahu AFP ia tidak akan mengulas tentang laporan Journal itu.

Syarikat pelaburan fleksibel yang mempunyai pegangan dalam Yahoo pada bulan lalu menggesa syarikat Internet itu supaya menggugurkan rancangannya mengalihkan sahamnya dalam Alibaba, China dan sebaliknya menjual perniagaan carian ‘asas’.

Tetapi rancangan pengalihan itu dibayangi kebimbangan ia mungkin tidak mendapat status bebas cukai daripada pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS), yang membawa kepada bil cukai yang banyak bagi para pemegang saham Yahoo.

Starboard berkata dalam sepucuk surat kepada lembaga dan ketua eksekutif Yahoo Marissa Mayer bahawa pengalihan entiti dipanggil Aabaco Holdings ‘bukanlah alternatif terbaik Yahoo’ dan mengatakan bahawa ‘sebaliknya seharusnya menerokai penjualan perniagaan pengiklanan dan carian teras Yahoo.”

Cadangan ini, menurut Starboard akan membawa kepada entiti korporat Yahoo sedia ada mempunyai pegangan dalam Alibaba dan Yahoo Jepun.

Syarikat pelaburan itu bimbang dengan rancangan pemindahan saham Alibaba kepada syarikat baru dan mengagihkan saham yang mungkin membawa kepada hadiah bercukai kira-kira $30 bilion kepada para pemegang saham.