Lembah Kathmandu zon krisis

Lembah Kathmandu zon krisis

KATHMANDU, 15 Jun (Agensi) – Nepal mengisytiharkan bahawa kesemua tiga daerah di lembah Kathmandu sebagai zon krisis.

Langkah itu bagi mengurangkan hak sivil tertentu dalam usaha untuk merobohkan dan membersihkan kawasan yang mengalami kerosakan prasarana disebabkan bencana gempa bumi dan pembinaan semula.

Satu mesyuarat kabinet hari ini membuat keputusan mengisytiharkan daerah-daerah di lembah Kathmandu, Bhaktapur dan Lalitpur sebagai kawasan bencana.

Zon krisis itu akan berlanjutan selama setahun bagi memudahkan kerja-kerja merobohkan bangunan yang rosak dan membina semula dalam jangka waktu tersebut, menurut Menteri Penerangan dan Komunikasi, Minendra Rijal.

Gambar fail menunjukkan operasi mengesan mangsa bencana gempa bumi di Nepal yang dijalankan pasukan tentera. – Reuters
Gambar fail menunjukkan operasi mengesan mangsa bencana gempa bumi di Nepal yang dijalankan pasukan tentera. – Reuters

Pengisytiharan kawasan bencana itu akan mengurangkan sebahagian hak sivil di daerah-daerah berkenaan.

Keputusan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan dalam Akta Bencana Alam, 1982, beritahu Rijal yang juga bertindak sebagai jurucakap kerajaan.

Nepal masih lagi dalam usaha untuk pulih semula disebabkan dua bencana gempa besar dan beberapa gegaran susulan yang telah mengorbankan hampir 9,000 nyawa dan telah meninggalkan kesan bencana selepas itu.

ARTIKEL YANG SAMA