Lendl kembali sertai Murray

Lendl kembali sertai Murray

LONDON, 12 Jun (dpa) – Andy Murray telah mengupah semula bekas jurulatihnya Ivan Lendl, menjelang bermulanya kejohanan minggu depan di Queen Club hari ini.

Hubungan itu nampaknya untuk sementara kerana Lendl terkenal untuk tidak keluar melancong dari kediamannya di Florida.

Pemain nombor dua dunia itu, yang masih berpulih selepas kekalahan perlawanan akhir grand slam keduanya musim ini kepada Djokovic minggu lepas di Roland Garros, mengakhiri hubungan bersama Amelie Mauresmo bulan lepas selepas hampir dua tahun.

Lendl bekerjasama dengan Murray bermula awal 2012 hinggan Mac 2014, membawanya untuk memenangi Terbuka AS 2012 dan trofi bersejarah Wimbledon pada 2013, pertama buat lelaki Britain dalam 77 tahun. Murray juga memenangi pingat emas pada Sukan Olimpik London 2012 di bawah pengawasan Lendl.

“Ivan amat tahu apa yang diperlukan untuk memenangi acara-acara besar,” Murray berkata dalam satu keterangan.

Ivan Lendl akan kembali menjadi jurulatih Andy Murray menjelang Wimbledon bulan ini. – AFP
Ivan Lendl akan kembali menjadi jurulatih Andy Murray menjelang Wimbledon bulan ini. – AFP

“Saya mempunyai dua tahun yang begitu memberangsangkan bekerjasama dengannya. Saya tidak sabar untuk Ivan kembali menyertai pasukan ini lagi dan membantu saya untuk mencapai matlamat.”

Murraya akan memulakan usaha bagi gelaran kelima di gelanggang rumput London itu apabila dia memulakan saingan menentang Nicolas Mahut.

Lendl akan masuk ke dalam pasukan kejurulatihan Murray ketika ini, bekerjasama dengan bekas pembantu jurulatih Jamie Delgado.

Juara grand slam lapan kali Lendl berkata: “Saya menikmati bekerjasama dengan Andy sebelum ini. Kami kekal saling menghubungi, jadi ia seharusnya lebih menyeronokkan untuk menjadi sebahagian daripada pasukannya sekali lagi.”