Lendl, McEnroe baharui persaingan

Lendl, McEnroe baharui persaingan

LONDON, 19 Jun (AFP) – Ivan Lendl dan John McEnroe akan membaharui persaingan mereka dalam tenis hari ini ketika kedua jurulatih itu akan menyaksikan Andy Murray dan Milos Raonic bersaing bagi merebut gelaran Queen’s Club.

Lendl, dalam kendalian keduanya melatih Murray, dan McEnroe, yang digaji baru-baru ini sebagai jurulatih Raonic, terlibat dalam permusuhan lebih sedekad apabila mereka menjadi pemain dan sekarang mereka kembali dalam kedudukan itu 24 tahun selepas kali terakhir mereka berpandangan sesama sendiri di jaring.

Mereka bertemu 36 kali dari 1980 sehingga 1992, dengan Lendl memenangi 21 dari persaingan mereka termasuk kebangkitan dari ketinggalan dua set dalam Terbuka Perancis 1984.

Persaingan itu mencetuskan permusuhan yang berpanjangan, sehingga dalam autobiografi, McEnroe berkata Lendl adalah “seorang yang pelik, untuk meletakkan bermurah hati dengan perilaku ganjil, kasar seorang pembuli dan pada masa yang sama keanak-anakan.”

Ivan Lendl yang menyertai kembali kem kejurulatihan Murray menjelang Wimbledon. – AFP
Ivan Lendl yang menyertai kembali kem kejurulatihan Murray menjelang Wimbledon. – AFP

Musuh lama itu berada dalam kedudukan yang lebih baik pada hari ini, dengan memberikan perbandingan di antara Lendl tenang dan McEnroe yang emosi, terdapat tumpuan ke atas kotak jurulatih tepi gelanggang dalam acara pemanasan Wimbledon hari ini.

Lendl, juara Grand Slam lapan kali, kembali bertugas bersama Murray dua tahun selepas pemain Czech yang berpangkalan di AS itu menggelar kejayaan yang menyaksikan pemain dari Scotland itu memenangi dua gelaran Grand Slam dan memenangi satu pingat emas Olimpik.

Tertarik dengan kejayaan jurulatih itu, 56, dengan Murray, dan Boris Beceker rakan yang lebih membuahkan hasil bersama pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, juara Grand Slam tujuh kali, McEnroe memutuskan dia mahukan untuk mencuba bagi kejurulatihan dan Raonic membawanya minggu ini.

Jurulatih itu, 57, dilihat menghasilkan tanggapan positif ke atas pemain nombor sembilan dunia, Raonic, yang mara ke final Queen’s pertamanya.

ARTIKEL YANG SAMA