Lenovo gegar dunia mudah alih

Lenovo gegar dunia mudah alih

SAN FRANCISCO, 10 Jun – Gergasi komputer Cina Lenovo mempamerkan satu siri telefon pintar baru semalam termasuk sebuah telefon bimbit Tango yang ditunggu-tunggu peminat dan model baru Moto Z yang boleh diubah menjadi projektor video atau pembesar suara yang kuat.

Telefon pintar PHAB2 Pro sedia ada di pasaran dan penuh dengan Tango ciptaan Google itu mengukuhkan lagi realiti teknologi sehingga mendapat layanan bintang pada perkumpulan Lenovo Tech World di San Francisco.

PHAB2 yang boleh mengesan dan memetakan persekitarannya, juga dilengkapi lapisan hologram untuk tatapan dunia sebenar bagi permainan sehinggalah kepada mencari saiz sofa yang boleh dimuatkan dalam sesebuah bilik. Gajet berskrin besar ini akan berada di pasaran dunia pada bulan September dengan harga AS$499.

“Ia adalah teknologi yang cukup luar biasa dengan harga yang hebat,” kata pengarah kejuruteraan Tango Johnny Lee.

Ketua Eksekutif Lenovo, Yang Yuanqing menyifatkannya sebagai pengumuman paling penting pada majlis itu yang menyaksikan pelancaran telefon pintar baru Moto Z yang boleh disesuaikan dengan ‘mod’ sebagai nilai tambah kepada telefon bimbit itu.

Sebagai contoh, satu mod membiarkan Moto Z menayangkan video pada dinding atau siling pada saiz sebesar skrin televisyen 70 inci. Satu lagi mod membolehkannya menukar telefon bimbit Moto Z menjadi pembesar suara yang kuat. – AFP