Lepasan MPUSB erat silaturahim

Lepasan MPUSB erat silaturahim

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 Sept – Seramai 60 orang guru terlatih lepasan Maktab Perguruan Ugama Seri Begawan (MPUSB), kini dikenali sebagai Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), pengambilan tahun 2006-2009 telah bertemu semula dalam majlis pertemuan semula yang berlangsung di Mangrove Resort, hari ini.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ‘Reunion Maktab Perguruan 10 tahun’ tersebut ialah bekas pensyarah MPUSB, Awang Suhaibon bin Haji Othman.

Majlis telah dimulakan dengan bacaan Doa Selamat, diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis dan tetamu kehormat.

Kemudian, majlis diteruskan dengan sesi bergambar ramai dan dimeriahkan dengan cabutan bertuah sebelum para jemputan menikmati jamuan yang disediakan.

Sesi bergambar ramai antara guru-guru agama terlatih pengambilan tahun 2006-2009.
Sesi bergambar ramai antara guru-guru agama terlatih pengambilan tahun 2006-2009.

Pertemuan berkenaan dihadiri oleh guru-guru agama terlatih dari keempat-empat daerah, yang bertujuan bagi mengongsikan pengalaman mengajar mereka dan juga mengeratkan ikatan silaturahim yang telah terjalin sejak 10 tahun yang lalu.

Mereka juga merupakan pengambilan terakhir (pengambilan ke-30) bagi MPUSB sebelum maktab berkenaan beralih ke peringkat universiti iaitu KUPU SB.

ARTIKEL YANG SAMA