Les Bleus mara ke final

Les Bleus mara ke final

MARSEILLE, 8 Julai – Tuan rumah Perancis mara ke final Euro 2016 selepas menewaskan juara dunia, Jerman 2-0 di Stade Velodrome sebentar tadi.

Antoine Griezmann mengambil tanggung jawab sebagai ketua pencabar terhadap Cristiano Ronaldo dengan dua jaringan gol yang menumpaskan jaguh dunia, Jerman dan menyaksikan Perancis hari ini melangkah ke perlawanan akhir Euro 2016 menentang Portugal.

Tendangan penalti yang diberikan beberapa saat sebelum masa separuh kedua mengganggu pasukan Jerman. Griezmann telah mengambil peluangnya dan menambah serangan kedua untuk meluaskan pendahuluannya sebagai penjaring terbanyak dalam Euro ini dan menjadi wira baru bola sepak Perancis.

“Dia adalah budak kecil kami,” kata rakan sepasukan, Olivier Giroud, pemain penyerang selepas kemenangan dramatik di hadapan 65,000 orang penonton pada malam panas semalam di Marseille.

Kemenangan pertama Perancis itu ke atas saingannya dalam perlawanan besar sejak 1958 muncul dari keputusan penalti berkontroversi pada akhir separuh masa pertama.

Para pemain Perancis meraikan kejayaan bersama Griezmann (dua kiri) selepas beliau menjaringkan ten-dangan penalti dan menghadiahkan Perancis gol pertama dalam perlawanan menentang Jerman di Mar-seille. Perancis mara ke final Euro 2016 selepas menewaskan Jerman 2-0 di Stade Velodrome sebentar tadi. - AFP
Para pemain Perancis meraikan kejayaan bersama Griezmann (dua kiri) selepas beliau menjaringkan ten-dangan penalti dan menghadiahkan Perancis gol pertama dalam perlawanan menentang Jerman di Mar-seille. Perancis mara ke final Euro 2016 selepas menewaskan Jerman 2-0 di Stade Velodrome sebentar tadi. – AFP

Pengadil dari Itali Nicola Rizzoli telah melihat kapten Jerman Bastian Schweinsteiger memegang bola di cabaran di udara dengan Patrice Evra. Para pemain Jerman marah tetapi Griezmann telah mengalihkan pemain penyerang Manuel Neuwer laluan salah.

Para pemenang Piala Dunia 2014 telah mendominasi penguasaan dan jurulatih Jerman Joachim Loew berkata dia terpaksa ‘menenangkan para pemain’ di bilik salin pakaian pada separuh masa kedua kerana penalti itu.

Jerman membaharui kawalan bola mereka dalam separuh masa kedua tetapi Griezmann menggegarkan mereka lagi dengan jaringan gol pada minit ke-72.

Perancis yang memanfaatkan serangan-serangan balas pantas sekali lagi menembusi benteng Jerman pada minit ke-72 dan Griezmann meledak gol kedua selepas menolak masuk bola hantaran lintang Paul Pogba yang ditampan Neuer.

Jerman dalam keadaan terdesak mara ke hadapan, tendangan Joshua Kimmich terkena palang gol dan usaha-usaha lain tersasar. Tetapi Perancis bertahan bagi kemenangan tersohor dan menyeronokkan.

Griezmann menjaringkan kedua-dua gol Perancis dalam kemenangan 2-0 ke atas juara dunia, Jerman sekali gus menempah pertemuan akhir dengan Portugal awal pagi Isnin ini. – AFP