Les Blues tarik nafas lega

PARIS, 11 Okt – Pasukan Perancis mara ke Piala Dunia Rusia 2018 menerusi jaringan Antoine Girezmann dan Olivier Giroud untuk membenam Belarus 2-1 semalam.

Skuad Didier Deschamps berjaya melengkapkan cabaran sukar untuk menewaskan Bulgaria dan Belarus dalam dua perlawanan kelayakan terakhir mereka.

Kemenangan di Stade de France itu bermakna mereka menghindarkan persaingan play-off yang perlu mereka lalui untuk mara ke dua perlawanan lalu.

Tetapi walaupun mereka selesai di tangga teratas Kumpulan A, pasukan Des-champs itu kurang daripada meyakinkan ketika Belarus yang sudah tersingkir berulang kali menembusi barisan pertahanan mereka.

“Kami merasa gembira walaupun jika kelayakan adalah logik dengan menyatakan kualiti pemain yang saya ada,” kata Deschamps, yang juga memberikan penghormatan kepada penyokong Perancis.

Olivier Giroud (tengah) menjaringkan gol pembukaan Perancis semasa menentang Belarus di Stade de France, kelmarin. – AFP

“Kami sekarang memiliki persekitaran yang tidak kami miliki buat seketika dan orang ramai datang dan menyokong pasukan sepenuhnya,” katanya.

Giroud yang gembira menghindarkan play-off berkata: “Kami mengejar perlawanan ini dan tidak mudah kerana mereka begitu kuat dan efisien dalam serangan sehingga wisel penamat dan kami perlu meningkatkan permainan.”

Deschamps bermula dengan penyerang Atletico Madrid, Griezmann yang berganding bersama ancaman Giroud dan Griezmann mengurangkan rasa gentar pada minit ke-27 ketika dia menghasilkan penyudah rendah hantaran bijak Blaise Matuidi.

Enam minit kemudian, Griezmann memintas hantaran lemah pertahanan Belarus dan memberikan umpanan kepada Giroud, yang menewaskan dua pemain pertahanan untuk menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-28.

Tetapi gandingan defensif Perancis kemudian terjejas, membolehkan Belarus mengurangkan jurang apabila Anton Saroka menewaskan Hugo Lloris seminit sebelum separuh masa pertama tamat.

Saroka memberikan satu lagti kejutan buat Perancis apabila rembatannya tersasar pada minit ke-64, tetapi dia berada di kedudukan ofsaid. – AFP