Les Blues ujian pertama Ventura

Les Blues ujian pertama Ventura

MILAN, 31 Ogos – Ketika mengetepikan gurauan Chelsea, Giampiero Ventura berharap untuk meneruskan usaha Anotonio Conte apabila dia mengetuai Itali yang berwajah baru buat kali pertama untuk aksi persahabatan menentang finalis Euro 2016 Perancis, esok.

“Saya mahu membawa projek Antonio itu ke depan,” Ventura memberitahu media Isnin lalu, seminggu sebelum membuat kemunculan sebagai jurulatih Itali dalam kelayakan Piala Dunia 2018 menentang Israel di Haifa. “Jika saya mengikut jejaknya, saya tahu di mana saya akan pergi dalam tempoh dua tahun – Chelsea!”

Pada usia 68 tahun dan sekarang menyedari impian melatih juara Piala Dunia empat kali itu, Ventura tidak mungkin akan mengikuti jejak Conte, 46, ke Stamford Bridge.

Dia memiliki lebih banyak kebimbangan yang memberikan tekanan, terutamanya mengekalkan harapan peminat Itali dan persekutuan ketua-ketua berikutan kempen Euro 2016 yang amat menggalakan walaupun tewas melalui sepakan penalti suku akhir kepada Jerman.

Buat kali pertama sejak kejayaan Piala Dunia mereka pada 2006, Itali yang tersingkir dalam dua Piala Dunia yang lalu pada pusingan pertama, diberi sambutan wira apabila tiba dari Brazil.

Ventura bercakap kepada wartawan dalam satu sidang akhbar di Coverciano dekat Florence pada 9 Ogos lalu. – AP
Ventura bercakap kepada wartawan dalam satu sidang akhbar di Coverciano dekat Florence pada 9 Ogos lalu. – AP

Bagi kebanyakan orang, tiga gelaran berturut-turut Conte bersama kelab terkuat Itali Juventus pada 2012-14 bukanlah satu kebetulan. Ketika itu, Ventura bertugas sebagai jurulatih pasukan Torino.

Sudah tentu, Conte meningkatkan profil Itali secara signifikan ketika kempen Euro dan Ventura tahu hasratnya adalah tindakan yang sukar untuk diikuti.

“Amat jelas mencabar untuk mendapatkan mantelnya,” tambah Ventura, yang dijangka, sekurang-kurangnya mengekalkan kepercayaan formasi mantannya 3-5-2.

Ujian esok dijangka akan melihat kemungkinan Ventura yang emosi, dan memulakan kerjaya kejurulatihannya di Bari, mengekalkan perancangan Conte untuk kejayaan seperti itu di Perancis, dan kemungkinan menyerahkan kemunculan pertama kepada beberapa pemain baru termasuk penyerang Torino, Andrea Belotti, yang menjaringkan hatrik pada hujung minggu. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA