Lese majeste: Editor gagal rayuan akhir

Lese majeste: Editor gagal rayuan akhir

BANGKOK, 23 Dis (AFP) – Mahkamah Tertinggi Thailand hari ini menyokong sabitan memfitnah keluarga diraja ke atas editor surat khabar online yang terlibat dengan undang-undang ketat selepas gagal dengan cepat mengeluarkan ulasan-ulasan para pembaca yang dianggap mengkritik raja.

Perintah itu dibuat ketika Thailand yang ditadbir junta dalam tindakan lese majeste yang tidak pernah berlaku sebelum ini, ketika pihak berkuasa meluaskan interpretasi mereka tentang undang-undang itu.

Chiranuch Premchaporn, editor portal berita popular Prachatal, pada awalnya didakwa berhubung 10 ulasan pembaca yang dihantar ke laman sesawang pada tahun 2008.

Chiranuch Premchaporn.
Chiranuch Premchaporn.

Dia disabitkan dengan kesalahan oleh Mahkamah Jenayah, Thailand dalam tabun 2012 yang mendapati bahawa sementara dia sendiri tidak melakukan lese majeste, 20 hari yang diambilnya untuk mengeluarkan salah satu ulasan itu melibatkan undang-undang itu.

Kes itu telah mengundang kecaman antarabangsa meluas pada ketika itu, termasuklah dari Google yang menyifatkannya sebagai ‘ancaman serius’ kepada kebebasan Internet di Thailand.

Perintah muktamad hari ini menyokong sabitan 2012 yang membawa hukuman penjara lapan bulan dengan penangguhan dan denda 20,000 baht.

ARTIKEL YANG SAMA