Letak jawatan selepas hina orang kulit hitam

Letak jawatan selepas hina orang kulit hitam

LOS ANGELES, 2 Mei (AFP) – Seorang pegawai kanan di jabatan sherif wilayah Los Angeles meletak jawatan semalam ekoran kritikan berhubung e-mel yang dihantarnya yang memperkecil-kecilkan orang kulit hitam, orang Islam, bangsa Latino dan wanita, menurut jabatan itu dalam satu kenyataan.

Sherif Jim McDonnell berkata dia menerima peletakan jawatan ketua kanannya Tom Angel selepas kemunculan e-mel-e-mel yang dihantar dari akaun kerjanya ketika dia adalah pegawai tinggi polis di bandar Burbank berhampiran Los Angeles pada tahun 2012 dan 2013.

Menurut Los Angeles Times, yang memperoleh salinan e-mel-e-mel itu, satu mesej pada 7 Januari 2012 menyenaraikan siri-siri serangan pengganas yang menganggap ia berpunca dari ‘pelampau Islam lelaki’. Dan berkata “orang Islam kena menyayanginya tidak dapat menghukumnya.?”

Satu lagi e-mel mengatakan “Saya diminta menamakan dua perkara yang lazimnya ditemui dalam sel penjara. Jelas ‘Kulit Hitam’ dan ‘orang Mexico’ bukanlah jawapan yang betul.”

McDonnell berkata dia mendapati e-mel itu “tidak sesuai dan tidak profesional” dan “sangat mengganggu.

“Angel telah menawarkan diri untuk meletak jawatan dan saya telah menerimanya,” ujarnya, dengan menambah kata dia berharap mengubah situasi itu menjadi ‘peluang belajar’ bagi semua kakitangan di jabatan sherif.

Para pegawai di pejabat sherif di Burbank tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan, tetapi Angel sebelumnya memberitahu Times dia tidak berniat mengaibkan atau merendahkan maruah sesiapa pun, dengan mengatakan malangnya e-mel kerjanya tidak berperibadi.