Letupan bangunan ragut 3 jiwa

Letupan bangunan ragut 3 jiwa

HARBIN, 4 Ok – Satu letupan berlaku di bangunan tinggi di Harbin City, Wilayah Heilongjiang, timur laut China, membunuh tiga orang dan mence-derakan tiga yang lainnya, menurut sumber-sumber tempatan.

Letupan itu berlaku kira-kira 4:40 pagi hari ini. Tingkat 13, 14 dan 15 bangunan itu mengalami kerosakan dan tingkap-tingkap musnah di sebuah apartmen di tingkat 14, kata wartawan Xinhua semasa berada di tempat kejadian.

Letupan itu berkemungkinan disebabkan oleh kebocoran gas. Penduduk-penduduk yang berada di situ telah dipindahkan. Siasatan lanjut sedang dijalankan. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA