Letupan bas Pakistan, 16 disyaki terbunuh

Letupan bas Pakistan, 16 disyaki terbunuh

PESHAWAR, Pakistan, 16 Mac (AFP) – Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lebih dua dozen cedera apabila sebutir bom meletup di dalam sebuah bas di Peshawar, bandar utama kawasan barat laut Pakistan, kata pegawai, dengan jumlah kematian dikhuatiri akan meningkat.

Tidak ada kumpulan yang telah mengaku bertanggungjawab terhadap letupan setakat ini, yang berlaku ketika bas yang membawa pekerja kerajaan sedang melalui daerah membeli-belah yang sibuk di Saddar.

Namun Pakistan telah bertempur menentang pemberontakan Islam selama lebih satu dekad, dengan kumpulan seperti Taliban Pakistan melancarkan serangan sevara rutin sebagai sebahagian daripada perjuangan mereka untuk mengguling kerajaan.

“Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan lebih 24 cedera dalam letupan di bas pekerja kerajaan,” beritahu pegawai kanan polis Mohammad Kashif Zulfiqar kepada AFP.

Pegawai Polis Pakistan memeriksa bas yang rosak teruk akibat letupan bom di Peshawar. – AFP
Pegawai Polis Pakistan memeriksa bas yang rosak teruk akibat letupan bom di Peshawar. – AFP

Seorang lagi pegawai polis dan pihak berkuasa hospital mengesahkan kejadian tersebut. Pegawai pemusnah bom berkata alat letupan empat kilogram telah ditanam berhampiran silinder gas bas dan nampaknya telah diletup secara kawalan jauh.

“IED dipasang dengan alas bebola dan ditanam di bawah tempat duduk barisan keenam dari belakang,” tambah pegawai polis Abbas Majeed.

Bercakap kepada wartawan di tempat kejadian, Abbas Majid Marwat, satu lagi sumber polis kanan, berkata bas sedang membawa kakitangan kerajaan dari bandar barat laut Mardan ke Peshawar.

Pekerja menyelamat di tempat kejadian dilihat membawa mangsa cedera daripada bas biru di atas pengusung ke ambulans yang sedang menunggu. Pemberontakan Islam Pakistan bermula selepas serangan pimpinan AS di Afghanistan pada 2011, yang membawa kepada penyebaran militan di sempadan dan pertambahan rekrutmen untuk kumpulan pelampau Pakistan.

ARTIKEL YANG SAMA