Letupan berkembar ragut 4 jiwa, 16 cedera

Letupan berkembar ragut 4 jiwa, 16 cedera

ISLAMABAD, 7 Okt – Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan 16 yang lain cedera apabila letupan berkembar mengenai kereta api penumpang di barat daya wilayah Balochistan Pakistan pada petang hari ini, kata pegawai.

Menteri Landasan Kereta Api, Khwaja Saad Rafique mengesahkan kereta api Jafar Express telah diletupkan dengan letupan kawalan jauh di daerah Mach, yang terletak kira-kira 50 kilometer timur laut ibu negara Balochistan, Quetta.

Saluran TV tempatan Dunya berkata letupan pertama melanda pada dua buah kereta api dan sebaik sahaja pasukan penyelamat berkumpul di tapak kejadian, letupan kedua berlaku.

Sebuah kereta api penumpang rosak teruk akibat letupan berkembar di atas landasan kereta api di daerah Mach, barat daya Pakistan, Wilayah Balochistan, kelmarin. – Xinhua
Sebuah kereta api penumpang rosak teruk akibat letupan berkembar di atas landasan kereta api di daerah Mach, barat daya Pakistan, Wilayah Balochistan, kelmarin. – Xinhua

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital berdekatan di mana sekurang-kurangnya empat daripada mereka yang dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu, tetapi Rafique berkata bahawa terdapat satu kumpulan di Balochistan yang terlibat menyasarkan landasan kereta api dan juga kereta api; Bagaimanapun, beliau tidak menyebut nama kumpulan tersebut.

Menteri itu berkata, suspek telah ditangkap dari lokasi letupan. Polis mengepung kawasan itu untuk siasatan lanjut. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA