Letupan bom bunuh 2 warga Afghanistan

Letupan bom bunuh 2 warga Afghanistan

KABUL, Afghanistan, 8 Feb – Dua letupan bom, yang dikatakan angkara militan-militan Taliban telah mengorbankan dua orang awam dan mencederakan lapan orang lagi di wilayah-wilayah utara Saripul dan timur Logan, manakala pasukan keselamatan membunuh empat orang militan ketika operasi semalam, menurut para pegawai.

Dalam kejadian ganas terbaru, yang berlaku di bandar Saripul, bandar wilayah utara Saripul tengah hari semalam, dua orang awam terkorban, menurut timbalan majlis wilayah, Syed Assadullah Daneshi.

“Sebutir bom meletup di bandar Saripul sekitar jam 3 petang waktu tempatan hari ini (semalam) yang mengorbankan dua orang awam, “ Daneshi memberitahu Xinhua.

Sementara itu seorang pegawai yang merahsiakan identitinya mengesahkan bahawa letupan berlaku bersebelahan cawangan bank tempatan, Bank Azizi, yang mengakibatkan kematian dan kecederaan. Dalam kejadian serupa, bom tepi jalan mengenai sebuah bas kerajaan yang membawa hakim-hakim wilayah di wilayah timur, Logar, mencederakan lapan orang, menurut seorang pegawai tempatan.

“Letupan berlaku di sepanjang jalan di bandar wilayah Pul-e-Alam pada waktu pagi yang sibuk, mencederakan lapan orang,” seorang pegawai keselamatan wilayah memberitahu Xinhua dengan merahsiakan identitinya.

Dia menambah kata bahawa bas itu membawa kakitangan mahkamah wilayah ke pejabat mereka apabila letupan berlaku. – NNN

ARTIKEL YANG SAMA