Letupan bom bunuh 9 di Kaherah

Letupan bom bunuh 9 di Kaherah

KAHERAH, 22 Jan (Reuters) – Sembilan orang termasuk enam anggota terbunuh dekat kawasan piramid apabila bom buatan sendiri meletup di sini pada Khamis ketika polis membuat persiapan menyerbu tempat persembunyian militan, kata sumber keselamatan.

Menteri Dalam Negeri berkata, pasukan keselamatan tiba dengan kenderaan untuk menyerbu sebuah pangsapuri dan menemui jerangkap samar dalam bangunan itu.

Katanya, bom berkenaan meletup ketika mereka cuba untuk mematikannya.

Kereta rosak dan hancur dilihat di tempat kejadian letupan bom di Giza, Mesir. – Reuters
Kereta rosak dan hancur dilihat di tempat kejadian letupan bom di Giza, Mesir. – Reuters

Sumber berkata, seramai 10 orang pula cedera. Militan Islam melancarkan serangan ke atas tentera Mesir dan polis sejak tentera menggulingkan Presiden Mohammed Mursi dari Ikhwanul Muslimin pada 2013 selepas tunjuk perasaan beramai-ramai terhadap pemerintahannya.

Orang awam turut terkorban.