Letupan bom di Bangkok, 3 ditahan

Letupan bom di Bangkok, 3 ditahan

KUALA LUMPUR, 14 Sept (Bernama) – Polis menahan dua orang warga tempatan dan seorang lelaki rakyat Pakistan untuk membantu siasatan berhubung kes pengeboman di Bangkok pada 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga yang ditahan itu, termasuk seorang wanita, disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau berkata mereka ditahan pada minggu lepas dengan kerjasama polis Thailand.

“Kita bantu polis Thailand dalam kesan individu yang dipercayai terlibat memandangkan kita memang bekerjasama rapat dengan mereka berhubung isu ini,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini, hari ini.

ARTIKEL YANG SAMA