Letupan bom ragut lapan militan Taliban

Letupan bom ragut lapan militan Taliban

FAIZABAD, Afghanistan, 1 Mei (Xinhua) – Lapan militan Taliban maut apabila periuk api yang mereka rancang tanam di jalan raya di wilayah Badakhshan Faizabad yang berada di 315 kilometer timur laut Kabul malam Sabtu lalu telah meletup, kata seorang pegawai kanan polis Shir Aziz Kamawal hari ini.

“Pemberontak Taliban telah menanam periuk api di sebatang jalan raya di Daerah Ragh Badakhshan lewat malam tadi bagi menyasarkan kenderaan keselamatan tetapi peranti itu telah meletup awal dan membunuh lapan pemberontak di tempat kejadian,” Kamawal memberitahu Xinhua.

Sembilan lagi militan cedera dalam letupan itu, menurut kenyataan itu.

Militan Taliban yang sebahagian besarnya bergantung kepada operasi bunuh diri dan pengeboman di tepi jalan tidak mengulas mengenai kejadian tersebut. Satu kejadian yang sama juga membunuh lapan pejuang Taliban di wilayah utara Kunduz seminggu yang lalu.

ARTIKEL YANG SAMA