Letupan bunuh 8 orang di bandar Pakistan

Letupan bunuh 8 orang di bandar Pakistan

QUETTA, Pakistan, 7 Feb – Kira-kira lapan orang terbunuh dan lebih 40 orang cedera dalam letupan bom semalam di Quetta, bandar barat Pakistan, menurut pegawai hospital, serangan terbaru di sebuah rantau yang akan menjadi laluan koridor ekonomi yang dirancang iaitu koridor ekonomi China-Pakistan bernilai AS$46 bilion.

Letupan berlaku ketika konvoi Frontier Corps, sebahagian dari pasukan paramilitari Pakistan, melintas melalui tengah bandar itu berhampiran mahkamah daerah, menurut setiausaha dalam wilayah Akbar Durrani. Tidak segera diketahui berapa banyak yang terbunuh dan tercedera itu adalah tentera atau orang awam.

Kaya dengan hasil sumber, Baluchistan ditengah –tengah projek infrastruktur dan tenaga China dan Pakistan yang bernilai berbilion-bilion dolar yang dirancang di sepanjang koridor dari Laut Arab hinggalah rantau Xinjiang, China.

Wilayah itu, yang paling miskin dan kurang maju di Pakistan, telah menyaksikan keganasan pemisah hampir sedekat yang menentang kerajaan dan kumpulan etnik bukan Baluch.

Orang ramai cuba untuk membantu seorang lelaki yang cedera untuk keluar dari keretanya selepas letupan berlaku di Quetta. – Reuters
Orang ramai cuba untuk membantu seorang lelaki yang cedera untuk keluar dari keretanya selepas letupan berlaku di Quetta. – Reuters

Aktivis Baluch dan kumpulan hak asasi kemanusiaan mendakwa pihak ketenteraan telah melancarkan kempen penculikan, penyeksaan dan pembunuhan luar bidang kehakiman ke atas para pemisah yang disyaki dan tindakan keselamatan telah dengan teruk membataskan kebebasan pergerakan di wilayah itu.

Pada Januari, lima tentera Pakistan dan dua orang anggota pengawal pantai terbunuh dalam serangan berasingan di wilayah itu, dan seorang pengebom berani mati membunuh kira-kira 15 orang di luar pusat pembasmian polio di Quetta. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA