Letupan di balai polis Riyadh ragut satu jiwa

Letupan di balai polis Riyadh ragut satu jiwa

RIYADH, 4 April (Reuters) – Satu peranti letupan yang ditanam bersebelahan dengan balai polis selatan ibu negeri Arab Saudi, Riyadh, telah meragut satu jiwa, menurut kenyataan dari Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi yang disiarkan oleh agensi berita negeri itu, SPA, Ahad lalu.

Kementerian itu berkata, sekurang-kurangnya tiga buah kereta polis rosak dalam letupan di sebuah tempat letak kereta pada malam Sabtu yang membunuh seorang lelaki asing, tetapi tidak memberi maklumat lanjut mengenai punca dari belakang serangan itu.

Sekutu Islamic State (IS), yang menggelarkan diri mereka organisasi cawangan Wilayah Nejd, mengaku bertanggungjawab terhadap letupan itu, yang berlaku di al-Dilam, sebuah bandar kecil yang terletak kira-kira 100 kilometer (62 batu) selatan Riyadh.

Kumpulan itu berkata dalam satu kenyataan awal pada hari Ahad lalu bahawa mereka telah meletakkan dua bahan letupan di hadapan balai polis dan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan.