Letupan di kelab malam Filipina bunuh 1, 9 cedera

Letupan di kelab malam Filipina bunuh 1, 9 cedera

ZAMBOANGA, Filipina, 24 Julai – Satu letupan kuat telah menggoncangkan sebuah kelab malam di selatan Filipina yang dilanda persengketaan, membunuh seorang dan mencederakan sembilan yang lain, menurut polis hari ini.

Letupan itu memusnahkan siling kelab dua tingkat dan mencampakkan bangku kelab ke jalan-jalan Bandar Zamboanga lewat malam semalam, menurut jurucakap polis, Alexander Mabalot.

Juruwang kelab itu terbunuh, manakala enam kakitangan wanita dan tiga pelayan lelaki cedera dan dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan, ujar Mabalot kepada AFP.

Para penyiasat memeriksa tempat letupan untuk mencari fragmen bom. Tidak jelas jika kumpulan pelampau dalang di sebalik letupan itu, ujarnya.

“Bandar kami di bawah ancaman tetap daripada pengganas dan kumpulan penjenayah,” kata Mabalot.

Bandar pelabuhan Zamboanga terletak di pinggir barat data Mindanao, pulau selatan Filipina, hanya beberapa jam menggunakan bot dari pulau militan berkaitan Al-Qaeda. – AFP