Letupan di kilang bahan letupan India ragut 2 jiwa

Letupan di kilang bahan letupan India ragut 2 jiwa

NEW DELHI, 1 Dis – Kira-kira dua pekerja terbunuh dan 13 lagi hilang dikhuatiri terkorban selepas satu letupan di kilang bahan letupan di selatan India, kata pegawai jabatan kecemasan hari ini.

G Sathyanarayanan berkata dua mayat telah ditemui dari bangunan yang terbakar dan pasukan penyelamat menggunakan jentolak dan penggerudi bagi mencari mangsa.

“Kami bimbang 15 orang telah terkorban. Seramai 18 pekerja di dalam kilang itu, namun kami mendengar tiga telah pergi sebelum letupan berlaku,” kata Sathyanarayanan kepada AFP menerusi telefon dari negeri selatan Tamil Nadu, tempat bencana itu berlaku.

“Sekitar 18 orang berada di dalam bangunan pada ketika letupan berlaku,” Sathyanarayanan memberitahu AFP.

Sathyanarayanan berkata letupan di kilang itu, yang menghasilkan gelignit – sejenis bahan letupan – telah dicetuskan oleh api, namun punca kebakaran masih tidak jelas.

Kemalangan maut sering terjadi di kilang-kilang India, kebanyakannya dalam skala kecil, operasi tidak berdaftar yang tidak mengikuti peraturan keselamatan. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA