Letupan gas gegar Perancis

Letupan gas gegar Perancis

PERANCIS, 1 April (AFP) – Satu letupan gas yang besar memusnahkan tiga tingkat atas dan bumbung sebuah bangunan di pusat bandar Perancis hari ini, kata polis, sambil menambah bahawa lima orang mengalami kecederaan ringan.

Letupan berhampiran Jardin du Luxembourg adalah berpunca akibat kemalangan dan api telah dikesan berpunca dari dapur gas yang meletup, kata polis.

“Kami mendengar letupan yang sangat kuat dan melihat asap,” kata seorang pelajar yang berdekatan dengan institut masakan Ferrandi kepada AFP.

Kekuatan letupan telah menghancurkan beberapa tingkap sekolah yang berprestij itu, kata saksi.

Api menyala dari bangunan pangsapuri berikutan letupan yang berlaku di rue de Berite kelmarin di Perancis. – AFP
Api menyala dari bangunan pangsapuri berikutan letupan yang berlaku di rue de Berite kelmarin di Perancis. – AFP

“Orang ramai merasa takut, kerana mereka fikir ianya adalah bom,” kata seorang pekerja Ferrandi, Samir.

Lebih daripada empat bulan selepas serangan berani mati di ibu negara Perancis pada November lalu yang meragut 130 nyawa, rasa kegelisahan telah dihidupkan semula oleh serangan pada Mac 22 di Brussels dan pengumuman serangan yang digagalkan di Perancis tiga hari lalu.

ARTIKEL YANG SAMA