Letupan gegarkan sebuah kuil di Tokyo

Letupan gegarkan sebuah kuil di Tokyo

TOKYO, 23 Nov (AFP) – Peranti yang dipercayai bahan letupan telah merosakkan bilik air di Kuil Yasukuni Tokyo hari ini, namun tiada sesiapa pun yang berada di memorial perang berkontroversi itu tercedera, menurut para pegawai dan laporan berita.

Polis telah menerima laporan tentang dentuman kuat dan asap menjulang naik berhampiran bilik air awam di dalam kawasan perkuburan itu pagi ini, menurut seorang jurucakap.

Penyiar awam NHK melaporkan letupan kecil berlaku ketika bilangan pengunjung yang lebih ramai dari selalu sedang mengunjungi perkuburan itu bagi festival penuaian tahunan.

Polis mendapati siling dan tembok bilik air telah rosak dan terbakar, lapor NHK, dengan menambah kata bahawa mereka juga menemui bateri dan wayar di sana.

Sebuah unit bom telah pergi ke tempat kejadian dan pihak polis kini menjalankan penyiasatan sama ada kejadian itu adalah serangan yang disasarkan.

Pihak berkuasa menutup kawasan kuil tersebut bagi menyiasat punca kejadian. – Reuters
Pihak berkuasa menutup kawasan kuil tersebut bagi menyiasat punca kejadian. – Reuters

“Nasib baik tidak ada sesiapa tercedera,” menurut pegawai di kawasan perkuburan itu, dan menambah kata ia tidak menerima sebarang ancaman dalam kaitan letupan itu.

Perkuburan itu menghormati berjuta-juta orang Jepun yang terkorban dalam perang Jepun, tetapi berkontroversinya juga termasuklah beberapa orang kanan tentera dan politik yang disabitkan kesalahan jenayah perang.

Kunjungan ke perkuburan itu oleh ahli politik kanan Jepun kerap mengundang reaksi marah dari Beijing dan Seoul yang menganggapnya simbol masa lalu ketenteraan Tokyo.