Letupan kilang kimia, 1 masih hilang

Letupan kilang kimia, 1 masih hilang

BERLIN, 18 Okt – Seorang masih lagi hilang selepas letupan di firma kimia kilang BASF di bandar Ludwigshafen barat daya Jerman yang mengakibatkan kira-kira dua orang maut, menurut syarikat hari ini.

Kebakaran yang berlaku di pelabuhan sungai di kemudahan berselerak itu telah dipadamkan pada malam Isnin, kira-kira 10 jam selepas letupan, menurut BASF.

Pada pagi hari ini, seorang lagi dikatakan masih hilang. Ketua perkhidmatan bomba Ludwigshafen, Peter Friedrich berkata orang itu dipercayai berada di pelabuhan, namun ia masih lagi belum menghantar para penyelam.

Seramai lapan orang cedera parah dan 17 lagi cedera ringan, kata BASF. Dua anggota perkhidmatan bomba BASF telah disahkan maut.

Beberapa yang cedera mengalami ‘kebakaran teruk’ dan enam daripada mereka dalam unit rawatan rapi, kata pegawai bandar, Dieter Feid.

Letupan itu disusuli kebakaran di saluran paip gas antara sebuah kawasan di mana cecair dipunggah dari sungai Rhine dan tangki-tangki penyimpanan. Perkhidmatan bomba BASF tiba di tempat kejadian apabila letupan berlaku.

BASF berkata bahan yang terbakar dalam kebakaran selepas itu termasuk etilena – digunakan dalam menghasilkan pelarut dan penebat – dan propilena, digunakan dalam menghasilkan cat kereta dan pelekat. – AP

ARTIKEL YANG SAMA