Letupan lori tangki di Mozambique, 73 maut

Letupan lori tangki di Mozambique, 73 maut

MAPUTO, Nov. 18 – Sekurang-kurangnya 73 orang terbunuh dan berpuluh-puluh yang lainnya cedera selepas sebuah lori tangki meletup di utara Mozambique kelmarin, kata kerajaan.

Letupan itu berlaku di wilayah Tete apabila lori tangki itu sedang dalam perjalanan mengangkut petrol ke Malawi dari pusat bandar pelabuhan Mozambique, Beira, menurut kerajaan itu dalam satu kenyataan.

Trak tersebut meletup apabila penduduk tempatan berkumpul di sekeliling trak tersebut untuk membeli bahan api, kata kerajaan.

Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke hospital berhampiran.

Kerajaan berkata pasukan kebangsaan dijangka tiba di tempat kejadian pada hari ini untuk menyiasat punca letupan itu. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA