Letupan nekad bunuh 10 jiwa

Letupan nekad bunuh 10 jiwa

PESHAWAR, Pakistan, 19 Jan – Seorang pengebom berani mati membunuh sekitar 10 orang hari ini dalam serangan pada waktu sibuk di sebuah pasar pinggir bandar Peshawar, Pakistan, menurut para pegawai.

Manakala 36 lagi cedera apabila bom meletup di sepanjang jalan yang tersekat dengan kesesakan lalu lintas di daerah Wazir Dhand hanya di luar kawasan bandar, lebuh raya yang menghubungkan daerah puak Khyber dan bandar barat laut.

“Jumlah kematian akibat serangan nekad itu telah meningkat kepada 10,” kata pegawai pentadbiran daerah puak Khyber, Shahab Ali Shah, memberitahu AFP.

Yang terkorban termasuk seorang jurnalis berusia 36 tahun yang sedang mengunjungi pegawai polis puak – yang jelasnya sasaran pengebom – di pasar itu, katanya.

Para pekerja penyelamat Pakistan memeriksa tapak serangan bom nekad di pinggir Peshawar pada 19 Januari. - AFP
Para pekerja penyelamat Pakistan memeriksa tapak serangan bom nekad di pinggir Peshawar pada 19 Januari. – AFP

Seorang pegawai hospital mengatakan seorang budak lelaki berusia 7 tahun di antara yang terkorban dan enam yang cedera dalam keadaan parah.

Seorang pegawai kanan kerajaan di kawasan itu, Ismatullah juga mengesahkan serangan telah menyasarkan pegawai polis yang duduk di pasar di sepanjang jalan itu.

Letupan itu juga memusnahkan tiga buah kedai, serta kenderaan dan motosikal di jalan berkenaan, katanya. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA