Letupan pangsapuri di Barcelona, 1 maut

Letupan pangsapuri di Barcelona, 1 maut

BARCELONA, 18 Sept – Seorang maut manakala 17 lagi cedera dalam letupan di sebuah blok pangsapuri di pusat peranginan tepi pantai Sepanyol berhampiran bandar raya ini, awal hari ini, kata penyelamat.

Tidak jelas punca letupan yang berlaku di bangunan kediaman di Premia de Mar, sebuah bandar pelancongan terletak 25 kilometer di utara Barcelona.

“Letupan berlaku jam 8:25 pagi (0625 GMT) mencederakan 17 orang dan menyebabkan seorang maut,” kata jurucakap jabatan bomba Barcelona kepada AFP.

Media tempatan menunjukkan imej api membakar bangunan tujuh tingkat dengan bangunan itu sudah dikosongkan sementara penyiasat cuba mengenal pasti punca letupan. – AFP

Sebuah bangunan tujuh tingkat rosak berikutan letupan di Premia de Mar, berhampiran Barcelona, kelmarin. – AFP
Sebuah bangunan tujuh tingkat rosak berikutan letupan di Premia de Mar, berhampiran Barcelona, kelmarin. – AFP