Letupan terowong, 2 maut

Letupan terowong, 2 maut

TEHRAN, Iran, 17 Jun (AP) – Agensi berita separa rasmi Iran, Fars telah melaporkan bahawa satu letupan berlaku dalam terowong jalan bawah di bandar Tehran yang membunuh dua pekerja dan memusnahkan saliran paip gas.

Laporan itu mengatakan letupan berlaku pada jam 4:30 pagi hari ini semasa kerja penggalian dijalankan di sebuah terowong jalan bawah di barat laut Tehran.

Agensi berita rasmi IRNA juga melaporkan bahawa letupan itu telah memusnahkan kabel telefon, saliran paip gas dan air namun tidak ada melaporkan sebarang korban jiwa lain.

Pada Mac, kapsul pemanas gas meletup dan mencederakan sekitar 12 orang di bazar bandar tersebut. Letupan sebegitu sekali-skala dilaporkan di Iran, terutamanya disebabkan oleh langkah keselamatan yang kurang.

ARTIKEL YANG SAMA