Leverkusen, AS Roma kongsi mata

Leverkusen, AS Roma kongsi mata

LEVERKUSEN, Jerman, 21 Okt – Bayer Leverkusen merembat satu mata lewat dengan begitu dramatik apabila seri 4-4 menentang Roma dalam aksi Liga Juara-Juara peringkat kumpulan yang begitu mendebarkan semalam.

Jaringan Javier Hernandez meletakkan Leverkusen di depan selepas 20 minit permainan berlangsung, tetapi Roma menyamakan kedudukan sebelum separuh masa apabila Daniele De Rossi meledak dua kali, sebelum pasukan Itali itu menjaringkan dua gol lagi melalui Miralem Pjanic dan Iago Falque yang hampir mengesahkan kemenangan pada babak kedua.

Bagaimanapun, dua gol Leverkusen dalam tempoh 10 minit terakhir daripada Kevin Kampl dan Admir Mehmedi menjadi kemuncak permainan yang menyeronokkan sekali gus menjamin perkongsian mata pasukan Jerman dan Itali itu.

“Kami kehilangan dua mata di sini dan kami jelas berhak untuk menang,” kata pemain tengah Roma Radja Nainggolan.

“Kami berusaha bangkit setelah ketinggalan dua gol di belakang.

“Saya tidak dapat menjelaskan apa yang berlaku pada akhirnya,” tambah pertahanan Antonio Rüdiger. “Mungkin kami hanya dikejutkan dengan gol ketiga Leverkusen.”

Hasilnya adalah satu lagi kekecewaan untuk Roma. Selepas kekalahan kepada BATE Borisov awal bulan ini, mereka kini menduduki tangga tercorot Kumpulan E.

Kumpulan masih terbuka luas, bagaimanapun, hanya satu mata memisahkan Leverkusen, Borisov dan Roma di bawah pendahulu, Barcelona.

Leverkusen mendahului menerusi sepakan penalti hanya selepas empat minit. Hantaran silang Hakan Calhanoglu terkena tangan Vassilis Torisidis dan Hernandez menyempurnakan sepakan penalti.

Pemain antarabangsa Mexico menggandakan jaringan pada minit ke-19. Selepas mendapat ruang dalam kotak gara-gara kesilapan pertahanan dari Lucas Digne, rembatan pertama Hernandez berjaya diselamatkan oleh Wojciech Szczesny yang tenang menolak masuk bola melantun. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA