Leverkusen cuba bangkit

Leverkusen cuba bangkit

LEVERKUSEN, Jerman, 8 Dis – Bayer Leverkusen perlu bangkit selepas tewas enam perlawanan berturut-turut ke atas juara Barcelona jika berhasrat untuk mara ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara, esok.

Leverkusen tewas 2-1 di Camp Nou Oktober lalu, biarpun mendahului, dan mahu menghindarkan nasib seperti AS Roma yang tewas 6-1 kepada Barca dua minggu lalu apabila Luis Suarez dan Lionel Messi menjadi penjaring gol di laman sendiri.

Roger Schmidt dari Leverkusen menghadapi tugasan getir untuk menewaskan Barcelona dan berharap Roma melepaskan mata di laman sendiri menentang BATE pada perlawanan lain lusa untuk mengatasi pasukan dari Itali dalam kumpulan dan mendapatkan tempat dalam pusingan 16 terakhir.

Kapten Leverkusen, Lars Bender menghadapi percaturan masa untuk kembali cergas ketika berusaha untuk sembuh daripada kecederaan buku lali.

Pasukan dari Jerman itu berusaha untuk mara ke pusingan 16 bagi tahun ketiga berturut-turut, tetapi belum mencatatkan kemenangan dalam Kumpulan E sejak menewaskan BATE 4-1 September lalu.

“Kita semua perlu untuk mendapatkan peluang yang datang kepada kita menentang Barcelona,” kata pertahanan Leverkusen, Omer Toprak.

Belum pernah tewas di Eropah musim ini, Barcelona yang dikendalikan Luis Enrique, sudah menempah tempat dalam pusingan 16 terakhir sebagai pemenang kumpulan, sementara Leverkusen berada di tangga ketiga dalam kumpulan.

Enrique sudah pasti tidak akan menurunkan skuad penuh setelah memenangi kumpulan itu dan gergasi dari Sepanyol itu mempunyai jadual yang sibuk dengan persaingan Piala Dunia Kelab bermula di Jepun minggu depan dan aksi liga pada Tahun Baru.

Lionel Messi dari Barcelona dilihat akan beraksi di Leverkusen setelah pulih daripada kecederaan. Dani Alves terlepas kerana penggantungan dan Mathieu, Sergi Robertio, Douglas dan Rafinha tidak beraksi kerana cedera.

Penjaga gawang Marc-Andre ter Stegen akan beraksi setelah pulih daripada masalah lutut untuk beraksi bersama gergasi Sepanyol di tempat sendiri. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA